tadi aku surf2 la tenet ni...ye la..dok tunggu result kuar tapi lom kuar gi so surf la tenet...dalam dunia digemparkan dengan pemergian micheal jackson(gempar ke?)..hurmmm...aku pun bukak ar website JAKIM...nak tau per yg aku jumpe???haa..ni ar yg aku jumpe...
“Insya Allah, umat Islam akan mendapat siaran khusus mengenai pelbagai program dakwah, kemasyarakatan dan sebagainya melalui saluran TV yang dikendalikan sepenuhnya oleh Jakim tidak lama lagi”.
Y.A.B. Perdana Menteri berucap demikian dalam ucapan aluannya sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-49 yang telah diadakan pada 19 Jun 2009, bertempat di Bilik Mesyuarat Perdana, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.
haa..ni antara briter yang aku rembat dari website JAKIM..Alhamdulillah...pas ni de ar saluran yg khas utk mendapatkan santapan rohani..mungkin dgn wujudnya stesen tv yg dikendalikan oleh JAKIM ini masyarakat akan lebih mengenali Islam itu sendiri malahan mungkin ini akan meningkatkan lagi kefahaman Islam..
ia juga mungkin dapat dijadikan medium utk lebih memajukan umat Islam di negara kita.InsyaAllah... kpd anda yg gemarkan program-progam bercorak keagamaan, jangan lupe untuk nantikan kemunculan saluran ini yaaa....
hope saluran ni mesra masyarakat la mcm tv3, tv9, astro dll..jgn jadi mcm syok sendiri dah la..maybe pas ni tiap2 thun IKIM leh la siarkan anugerah carta nasyid [ACNI]...bestnyer...
mungkin dgn wujudnya saluran tv ni masyarakat dapat berhibur sambil mendidik jiwa. aku teringat kata-kata abg pit [fitri UNIC].
"berhibur tiada salahnya tetapi apabila salah memilih hiburan membuat kita semua bersalah."
skang kiter de 2 saluran radio yang bercorak keIslaman ni iaitu IKIM.fm dan salamFM. for internet radio lak de Nasyidfm.pas ni de lak saluran tv Islamic..Alhamdulillah...syukur kehadratMu ya Allah...smga Islam terus berkembang...
hmmm.... mungkin bg yang x bape nak minat hiburan bercorak keIslaman ni, xpe...tapi per kate sesekali layan hiburan mendidik jiwa nih...smg anda mendapat sesuatu daripadanya... InsyaAllah...